Rosmah sebak terima ‘Warkah Kasih’ mahasiswa USM buat Najib

KUALA LUMPUR – Suasana penuh emosi menyelubungi kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Razak apabila sekumpulan mahasiswa dari Universiti Sains Malaysia (USM) hadir menyampaikan Warkah Kasih sebagai tanda sokongan moral kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah meluahkan rasa terharu atas keprihatinan golongan muda yang masih mengingati dan menghargai jasa suaminya terhadap pembangunan pendidikan negara serta kebajikan mahasiswa.

\"\"

“Apa yang kami lalui ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi kami percaya kebaikan akan datang jua, Insya-Allah,” kata Rosmah dengan nada sebak ketika ditemui MYBERITA di Pavilion Residences, ibu negara, pada Selasa.

\"\"

Kunjungan hormat tersebut diketuai Pengerusi UMNO Siswa USM, Muhammad Nazmi Hakimi yang menyerahkan surat penghargaan itu sebagai tanda ingatan terhadap kepimpinan Najib, khususnya dalam memperjuangkan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada generasi muda seperti baucar buku 1Malaysia, kemudahan PTPTN, biasiswa dan peluang latihan industri.

\"\"

“Kami membesar di bawah kepimpinan beliau. Ini adalah cara kami menunjukkan bahawa anak muda masih berdiri bersama beliau,” ujar Muhammad Nazmi.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Anak Pahang USM, Mohamed Azrin Samah serta pensyarah sosiologi politik USM, Datuk Sivamurugan Pandian.

\"\"

Warkah yang dibacakan secara terbuka itu menyentuh hati Rosmah dan menyatakan bahawa penghargaan yang dizahirkan mahasiswa tersebut memberi kekuatan baharu buat keluarganya dalam menempuh dugaan hidup.

“Datuk Seri memang sentiasa memberi penekanan kepada kepentingan pendidikan. Apa saja yang dibuatnya, beliau akan fikir apa lagi yang pelajar universiti perlukan supaya mereka dapat belajar dengan baik. Itulah keutamaan beliau sejak dulu,” kata Rosmah.

Warkah tersebut turut menyebut bahawa Najib bukan sekadar bekas Perdana Menteri keenam negara, tetapi merupakan sebahagian daripada sejarah hidup mahasiswa yang membesar di bawah dasar kepimpinannya.

BACA JUGA:  FestSAM’25 capai penyertaan tertinggi, penganjur tekad kekal hidupkan warisan muzik Melayu

Menurut Muhammad Nazmi, penyampaian warkah itu bukan sahaja simbol sokongan moral tetapi juga cerminan kasih sayang mahasiswa terhadap pemimpin yang banyak menyumbang dalam membentuk masa depan mereka.

“Kami mahu sampaikan mesej bahawa anak muda masih berdiri bersama Datuk Seri Najib. Ini bukan sekadar warkah, tetapi tanda kasih mahasiswa yang membesar dengan dasar-dasar beliau,” katanya.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...