“Tak boleh sorok lagi,” Puteri Khareeza umum hamil 6 bulan

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Puteri Khareeza berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama, hasil perkahwinan bersama Mohd. Shukor Khamaruddin.

Berita itu dikongsikan Puteri atau nama penuhnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif ketika ditemui pada sidang media Malam Paling Terhangat sempena Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang berlangsung di APW, Bangsar malam tadi.

“Saya sedang hamil dan usia kandungan sudah masuk enam bulan. Alhamdulillah, tiada alahan atau ‘morning sickness’ sepanjang trimester pertama. Saya tahu hamil pun sebab lewat datang haid, jadi saya buat ujian dan syukur, melekat,” ujarnya kepada MYBERITA.

Puteri, 28, yang kini mengalami pertambahan berat badan sebanyak 10 kilogram, juga berkongsi bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom mengidam, namun selera makannya meningkat sejak hamil.

“Cakap soal mengidam tak ada, tapi saya memang makan banyak. Berat badan naik dari 46kg ke 56kg sekarang,” katanya.

Puteri turut mendedahkan bahawa sebelum ini, dia dan suami pernah kehilangan kandungan pertama ketika usia janin mencecah tujuh minggu pada Disember lalu. Justeru, pasangan ini memilih untuk merahsiakan kehamilan kali ini sehingga yakin dengan keadaan kandungan.

“Saya memang jenis suka rahsiakan perkara peribadi. Kahwin pun kami rahsiakan. Bila tahu saya mengandung kali ini, kami sepakat untuk tidak heboh-heboh. Tapi sekarang dah tak boleh sorok, perut pun makin besar,” ujarnya.

Menurut Puteri, dia bersyukur kerana proses kehamilan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

“Setakat ini semuanya sihat dan baik. Saya dan suami kerap buat pemeriksaan kesihatan. Kalau ada rasa tak selesa, terus ke klinik. Jantina bayi? Saya dah tahu, tapi nak rahsiakan dulu. Nanti hujung-hujung saya kongsi,” katanya lagi.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 24 Februari 2024, selepas empat bulan mengenali hati budi menerusi media sosial.

BACA JUGA:  Hatta Dolmat cipta busana pengantin couture daripada kek, catat rekod dunia Malaysia

Dalam perkembangan lain, Puteri turut tersenarai dalam Top 10 kategori Selebriti Newcomer Terhangat bagi AMT2025.

Anugerah Melodi Terhangat 2025 bakal berlangsung pada 3 Ogos ini jam 9 malam secara langsung di TV3 dan strim eksklusif di Tonton, dengan acara Karpet Merah bermula jam 8 malam di TikTok Melodi Berapi serta TV3 Malaysia.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...