“Warna dia macam asam boi,” tergamam minum air ada katak

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna TikTok meluahkan perasaan tidak berpuas hati apabila mendakwa menemui seekor katak di dalam minuman yang dibelinya dari sebuah premis makanan, dipercayai terletak di kawasan Sendayan, Negeri Sembilan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun @Imalinawawa, dia berkongsi pengalaman mengejutkan sewaktu menikmati air yang dipesan. Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran haiwan berkenaan selepas meminum suku daripada air tersebut.

“Ramai sangat yang tanya dah minum ke air ni, ok saya explain. Cerita dia macam ni, lepas je dia hantar air tu, macam biasalah saya gaul-gaul dan minum. Bila saya dah minum suku, saya tengok belah bawah macam ada benda pelik, then saya gaul dan try bawak naik atas guna straw, barulah katak tu muncul. What do you expect kalau color katak tu pun dah macam asam boi. Sumpah tergamam tak terkata, shaking weh,” katanya dalam video yang kini tular di media sosial.

Lebih mengecewakan, Imalinawawa turut memaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan maaf diterima daripada pihak premis, selain menyeru agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera mengambil tindakan.

“Cari benda yang tersembunyi, Kementerian Kesihatan Malaysia tolong ambil tindakan! Sikit pun takde kata maaf,” luahnya.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan dan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terkejut dan gusar dengan tahap kebersihan premis makanan tersebut.

Better report KKM, bagi dorang check balik dapur tu… lain macam bila katak masuk dalam gelas minuman, mesti ada something wrong yang tak berapa bersih kat area dapur…” tulis seorang pengguna bernama Fakhrul.

Sekali pandang ingat asam boi 😭” tulis Farah di ruangkan komen.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada KKM atau wakil pemilik premis terbabit berhubung kejadian ini.

BACA JUGA:  Ringkasan fakta utama kes Zara Qairina

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan sentiasa memeriksa makanan atau minuman sebelum dinikmati. Sebarang penemuan yang meragukan sewajarnya dilaporkan terus kepada pihak berwajib bagi tindakan lanjut.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Insentif RM3 galak kanak-kanak solat subuh berjemaah

PEKAN - Inisiatif menyediakan insentif RM3 kepada kanak-kanak yang...

Bila lagu Jodoh Lebaran ‘Dikelantankan’… reaksi Aisha Retno curi perhatian

KUALA LUMPUR - Sebuah video nyanyian lagu raya popular...

Baru enam tahun dah hafal… Hayder Qhalish buat ramai tergamam baca surah Ad-Dhuha tak tengok Quran

KUALA LUMPUR - Anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali,...

Corak sejadah naelofar hangat diperdebat, dakwa ada imej tersembunyi

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial apabila seorang...

‘Masing Masing’ cipta rekod Asia, cecah 200 juta penstriman

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ernie Zakri terus mencipta kejayaan...