AS kenakan tarif 19 peratus, Malaysia diiktiraf rakan dagang strategik

KUALA LUMPUR – Kadar tarif 19 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia disifatkan sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap kepentingan negara sebagai rakan dagang utama kepada ekonomi terbesar dunia itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan itu turut mencerminkan keupayaan Malaysia untuk menawarkan komitmen perdagangan dan pelaburan yang berkualiti tinggi.

Menurut beliau, pengiktirafan tersebut menunjukkan Malaysia kekal sebagai negara yang stabil, berdaya saing dan dipercayai dalam rantaian bekalan global.

“Pencapaian ini membuktikan negara-negara membangun seperti Malaysia mampu mendapat akses kepada dagangan antarabangsa tanpa tunduk kepada tekanan liberalisasi mutlak,” katanya dalam sesi pengumuman mengenai kadar baharu tarif timbal balas AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, pendekatan Malaysia turut menjadi model kepada negara serantau bahawa dasar dan nilai strategik sesebuah negara masih boleh dipertahankan dalam rundingan global jika disokong dengan strategi dan komitmen yang jelas.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul menegaskan bahawa Malaysia tidak mengorbankan sebarang kepentingan nasional demi mendapatkan layanan istimewa dalam rundingan bersama AS.

Sebaliknya, rundingan berkenaan mengekalkan dasar utama negara termasuk perlindungan terhadap industri strategik serta syarat pemilikan bumiputera.

“Prinsip kita jelas, tiada kompromi terhadap dasar-dasar strategik. Kita juga mengekalkan perlindungan sektor dan industri yang kritikal, termasuk syarat kemasukan import barangan halal dari AS serta pendirian terhadap pembukaan pasaran automotif,” katanya.

Jelasnya lagi, proses rundingan turut dimanfaatkan sebagai peluang untuk Malaysia menilai semula dasar, proses dan halangan bukan tarif yang dianggap lapuk, bertindih atau tidak lagi relevan.

“Langkah penambahbaikan ini akan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan (ease of doing business), menjadikan Malaysia lebih kompetitif serta menarik sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini,” ujar beliau.

BACA JUGA:  Muhammad Shahrul Ikram dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...