Ahad | 11/10/2026 | 7:42:48 am
HomePendidikanIkut jejak langkah ayah, Chia Ree Yaa impi mahu jadi akauntan profesional

Ikut jejak langkah ayah, Chia Ree Yaa impi mahu jadi akauntan profesional

KULIM – Semangat membara untuk menjejakkan kaki ke menara gading nyata bukan sesuatu yang asing buat Chia Ree Yaa, 18, apabila beliau memilih Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) sebagai destinasi pengajian tinggi selepas meraih keputusan cemerlang 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Pelajar dari Sungai Karangan, Kulim ini kini mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Perakaunan dan berhasrat untuk menjadi seorang akauntan profesional pada masa hadapan.

“Saya minat bidang perakaunan kerana ia menawarkan banyak peluang kerjaya. Bila tengok pendekatan di PTSB yang banyak beri pendedahan praktikal dan pengalaman industri, saya yakin ini langkah terbaik untuk masa depan saya,” katanya ketika ditemui selepas sesi pendaftaran pelajar baharu, baru-baru ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|