[VIDEO] Jenazah Syukor Hashim dikebumi dengan istiadat ketenteraan, lebih 500 hadir beri penghormatan

REMBAU – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Kampung Masjid Tanah, Chembong di sini apabila jenazah anggota tetap Rejimen 508 Askar Wataniah, Muhamad Syukor Hashim, selamat dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan pada Selasa.

Lebih 500 individu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan orang awam hadir memberikan penghormatan terakhir. Jenazah sebelum itu disolatkan di kediamannya di Taman Chembong Jaya.

Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan.

Terdahulu, Allahyarham yang juga jurulatih di Batalion Ketiga, Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem 581 Kuala Pilah, maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seremban-Tampin kira-kira jam 7.00 petang Isnin, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas. Allahyarham disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Rejimen 508 Askar Wataniah, pihak rejimen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyeru orang ramai untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan roh beliau.

Tinjauan di ruangan komen turut dihujani ucapan takziah daripada rakan-rakan dan orang awam yang mengenali Allahyarham sebagai seorang yang berdedikasi, tenang dan mudah didekati.

“Perginya seorang wira dalam diam. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Damailah engkau di sana,” tulis seorang pengguna Facebook.

BACA JUGA:  JKDM Pahang gagalkan cubaan seludup \'e-waste\' dan skrap logam bernilai RM4.4 juta
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...