Penjaga stor didakwa lima pertuduhan amang seksual terhadap anak tiri

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga stor berusia 48 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya yang berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Sentosa Badang, dari Disember lalu hingga Mac tahun ini.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun tujuh bulan.

Kesemua perbuatan didakwa berlaku di lokasi sama pada Disember 2024, serta Februari dan Mac 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan berlaku berulang kali.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Aisyah Abdullah memohon agar jaminan minima diberikan kerana anak guamnya mempunyai lima anak yang masih bersekolah dan merupakan pencari nafkah utama keluarga.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 berserta syarat tertentu, dan menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

BACA JUGA:  Tengku Zafrul calon tunggal Presiden BAM, pemilihan Sabtu ini
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...