Filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ mula ditayangkan di Netflix Ahad ini

KUALA LUMPUR – Filem aksi tempatan yang mencetuskan fenomena di pawagam, Blood Brothers: Bara Naga, bakal menemui penonton di platform penstriman Netflix bermula Ahad ini, 10 Ogos 2025.

Menerusi tinjaun di platform penstriman berkenaan, tayangan filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu dijangka menarik minat peminat genre aksi dan drama persaudaraan yang sebelum ini tidak berpeluang menyaksikannya di layar perak.

Filem berdurasi dua jam ini mengisahkan perjalanan Ariff, seorang pengawal peribadi yang dituduh mengkhianati majikannya, Dato Zul. Bagi membersihkan namanya, Ariff terpaksa berganding bahu dengan abang angkatnya, Jaki, dalam usaha menentang Ghaz, bekas sahabat mereka yang kini menjadi musuh utama. Konflik dalaman, pengkhianatan dan nilai kekeluargaan menjadi tunjang penceritaan yang padat dengan aksi mendebarkan.

Menampilkan barisan pelakon popular seperti Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Syazwan Zulkifly dan Amelia Henderson, Blood Brothers: Bara Naga meraih perhatian ramai apabila mencatat kutipan RM9.2 juta dalam tempoh dua hari pertama tayangan di pawagam bermula 10 April lalu dan terus mencatat rekod membanggakan dengan kutipan keseluruhan melebihi RM76 juta.

Kejayaan filem berkenaan turut dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam landskap industri perfileman tempatan, sekali gus membuktikan potensi besar filem aksi Malaysia di persada antarabangsa.

Penayangan Blood Brothers: Bara Naga di Netflix dijangka membuka peluang lebih luas kepada penonton global untuk menikmati hasil karya tempatan berkualiti tinggi. Filem ini boleh ditonton bermula Ahad ini melalui akaun Netflix di seluruh negara.

BACA JUGA:  'Ikan duyung' joget depan gerai air balang cetus kontroversi
Adam Taqiuddin
Adam Taqiuddin
adamtaqiuddin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...