Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ dan rakan bebas, pulang lepas 9 bulan dipenjara

RANTAU PANJANG – Penyanyi Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 33, bersama rakannya, Nur Aida Mamat, 33, akhirnya kembali ke pangkuan keluarga malam ini selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Kedua-dua mereka dibebaskan selepas lebih tiga jam memberi keterangan di Balai Polis Rantau Panjang. Nur Aida keluar terlebih dahulu pada jam 11.30 malam sebelum dijemput keluarganya menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V. Eda Ezrin pula keluar kira-kira 10 minit kemudian, disambut ibunya, Zahara Mamat, 47, dengan pelukan, sebelum menaiki Honda City Hatchback milik keluarga mentuanya.

Polis hanya membenarkan sebuah kereta bagi setiap keluarga untuk mengambil mereka di pekarangan balai polis, manakala ahli keluarga lain dan pihak media menunggu di luar. Usaha wartawan mendapatkan komen daripada Eda Ezrin tidak berjaya apabila beliau enggan ditemu bual.

Jurucakap Pejabat Imigresen Sungai Golok memaklumkan, empat lagi rakyat Malaysia termasuk suami kedua-dua wanita berkenaan masih berada di pejabat tersebut bagi melengkapkan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.

“Penyanyi Eda Ezrin dan Aida dibenarkan pulang ke Kelantan malam ini. Empat lagi rakyat Malaysia perlu melengkapkan beberapa dokumentasi lagi sebelum dibebaskan,” katanya.

MYBERITA sebelum ini melaporkan, hanya dua daripada enam rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand dibebaskan hari ini, manakala empat lagi dijangka pulang selepas semua urusan imigresen selesai.

BACA JUGA:  Lelaki berkostum ‘duyung’ akhirnya ditahan, terima upah RM200 promosi air balang
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...