Proses bedah siasat Zara Qairina selesai, jenazah dibawa pulang ke Sipitang

KOTA KINABALU – Proses bedah siasat membabitkan jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir selesai sekitar pukul 8 malam tadi di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

Peguam Shahlan Jufri yang hadir menyaksikan prosedur berkenaan berkata, bedah siasat itu dijalankan atas permintaan keluarga arwah bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai punca kematian.

Menurutnya, proses berkenaan bermula pada pukul 9 pagi tadi dan berjalan lancar dengan kerjasama pihak hospital.

“Sejurus selesai, jenazah Allahyarham Zara Qairina akan dibawa pulang ke Sipitang sebelum dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol,” katanya.

Terdahulu, suasana di perkarangan hospital dipenuhi ahli keluarga dan rakan terdekat yang menunggu sejak pagi bagi memberikan penghormatan kepada arwah.

BACA JUGA:  Tiada unsur penderaan dalam kematian Allahyarham Syamsul Haris – MINDEF
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...