Kadar kebolehpasaran graduan PSA catat 99.5 peratus, bukti TVET berkualiti tinggi

SHAH ALAM – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terkemuka negara apabila kadar kebolehpasaran graduannya melonjak kepada 99.5 peratus pada tahun 2024, berbanding 96.1 peratus pada 2023.

Lebih membanggakan, graduan peringkat ijazah sarjana muda mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus, sekali gus membuktikan keyakinan tinggi pihak industri terhadap kualiti lulusan PSA.

Pengarah Korporat Sumber Manusia Panasonic Appliance Air-Conditioning (M) Sdn. Bhd., Dato’ Moktar Mohd Salleh berkata, pencapaian tersebut menjadi bukti bahawa kurikulum yang dilaksanakan PSA kekal relevan, diiktiraf dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.

“Graduan hari ini bukan sekadar menguasai ilmu dan kemahiran teknikal, tetapi juga perlu dibekalkan dengan kepimpinan, integriti dan semangat pembelajaran berterusan bagi melahirkan modal insan yang kompetitif dan bersedia menghadapi cabaran global,” katanya ketika merasmikan sidang satu Majlis Konvokesyen PSA ke-26 di Dewan Al-Jazari, pada Ahad.

Beliau turut menyifatkan pendekatan pembelajaran berasaskan industri seperti Work-Based Learning (WBL) dan Industry on Campus (IOC) sebagai langkah realistik yang mampu memastikan graduan kekal relevan dengan kehendak industri.

Bagi memperkukuh lagi kebolehpasaran graduan, Dato’ Moktar mencadangkan beberapa langkah tambahan antaranya memperkenalkan Program ‘Talent Pipeline’, modul mikro-kelayakan berasaskan kemahiran teknikal terkini, meningkatkan penglibatan industri dalam penilaian kurikulum, menjalankan projek kolaborasi dunia sebenar serta memperluas program sangkutan industri untuk pensyarah.

Sementara itu, Pengarah PSA, Zainah Rujihan berkata, melalui inisiatif TVET For All di bawah Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023–2030, PSA komited menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada semua, tanpa mengira latar belakang akademik.

Beliau turut mendedahkan perancangan penubuhan Institute of Medical Engineering Technology (IMET), sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan perubatan yang akan menghubungkan pendidikan, penyelidikan dan industri, sejajar dengan fokus POLYCC terhadap penguasaan teknologi termaju seperti Additive Manufacturing dan Electric Vehicle.

Majlis konvokesyen kali ini meraikan seramai 937 graduan yang menerima ijazah sarjana muda, diploma dan sijil dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal serta perdagangan.

BACA JUGA:  [VIDEO] Aiman Ikhwan pecah rekod 100m, lakar rekod baharu MSSM

Sejak ditubuhkan pada 1997, PSA telah melahirkan seramai 44,509 graduan dalam pelbagai bidang.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...