Hadiah berharga alam, ketam ungu ‘Puteri’ muncul di Taman Negara Thailand

BANGKOK – Seekor ketam ungu jarang ditemui telah muncul di Taman Negara Kaeng Krachan, Thailand, yang dianggap pihak berkuasa sebagai ‘hadiah berharga daripada alam semula jadi’ serta petunjuk penting kepada kesihatan ekosistem taman berkenaan.

Krustasea itu, yang digelar sebagai ketam ‘Puteri’ atau ketam ‘Sirindhorn’, merupakan spesies ketam panda yang kebiasaannya memiliki corak hitam-putih dan variasi berwarna ungu terang ini amat jarang dijumpai.

Renjer taman berjaya merakam gambar ketam tersebut yang berukuran kurang daripada satu inci lebar pada cengkerangnya serta menurut Popular Science, spesies ini pertama kali direkodkan pada tahun 1986 di Taman Negara Air Terjun Ngao.

Ketam panda sering digunakan oleh pakar pemuliharaan sebagai penunjuk kestabilan alam sekitar, penemuan ini menyerlahkan kekayaan biodiversiti Kaeng Krachan, yang turut menjadi habitat harimau bintang, gajah dan ular tedung raja.

Pihak pengurusan taman berkata, penemuan ini mengukuhkan kepentingan memelihara habitat semula jadi yang menyokong spesies unik dan sukar ditemui.

Kehadiran ketam ini juga menjadi isyarat bahawa haiwan kecil dan tersembunyi mampu memberi petunjuk kepada tahap kesihatan ekosistem secara keseluruhan.

“Penemuan ini dianggap sebagai hadiah berharga daripada alam semula jadi,” menurut kenyataan di Facebook rasmi taman tersebut.

“Kemunculan ketam Puteri bukan sahaja jarang berlaku, malah menjadi indikator penting kepada kesihatan ekosistem,” tambah kenyataan itu lagi.

Kemunculan ketam ‘diraja’ tersebut mengingatkan orang ramai akan nilai hutan warisan dunia yang harus dipelihara bersama.

Pada awal Ogos, pihak berkuasa turut menemui seekor ketam panda dengan variasi warna hitam-putih yang lebih lazim.

Pada tahun 2023, seorang nelayan udang karang yang juga personaliti TikTok, Jacob Knowles, pernah tular selepas menemui krustasea yang sangat jarang ditemui kerana mempunyai ciri fizikal kedua-dua jantina.

BACA JUGA:  Bekas Menteri Pengangkutan Russia ditemui mati selepas dipecat
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...