Diesel kekal, RON95 naik 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 30 April hingga 6 Mei kekal pada paras RM5.12 seliter, menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Dalam tempoh sama, harga petrol RON97 tanpa subsidi mencatatkan kenaikan sebanyak 5 sen kepada RM4.90 seliter berbanding RM4.85 sebelum ini. Sementara itu, harga runcit RON95 turut meningkat sebanyak 10 sen kepada RM3.97 seliter daripada RM3.87.

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa ketidaktentuan pasaran petroleum global yang berpunca daripada krisis berterusan di Asia Barat menjadi faktor utama pelarasan harga bahan api.

“Krisis di Asia Barat yang masih berlarutan terus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran petroleum global. Dengan risiko konflik yang kekal tinggi dan hala tuju pasaran yang masih sukar dijangka, harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi diselaraskan berikutan pergerakan harga pasaran antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Tambah kementerian, pelarasan harga mingguan tersebut dibuat berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga pasaran minggu sebelumnya.

Selain itu, harga petroleum global yang kekal tinggi berbanding paras sebelum konflik turut dipengaruhi oleh kekangan bekalan minyak dan produk petroleum. Ini termasuk kerosakan kepada kemudahan pengeluaran serta penapisan minyak di Asia Barat yang memerlukan masa untuk dipulihkan.

Sehubungan itu, kerajaan menyeru orang ramai agar menggunakan bahan api secara berhemah bagi membantu mengekalkan kestabilan bekalan dalam negara.

BACA JUGA:  Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...