Kanak-kanak jatuh dalam longkang, operasi SAR diperluas hingga 5km

SUNGAI BULOH – Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang ketika bermain bola bersama dua rakannya dalam kejadian hujan lebat di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.10 malam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan kerjasama pihak bomba dan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau pegawai penyiasat, SM Fuzi Kamazan di talian 012-3818167.

Sementara itu, operasi SAR terhadap mangsa dikenali sebagai Khairil Izani Khaizalulinurdin, 10, diperluaskan sehingga radius lima kilometer melibatkan laluan air hingga ke Taman Industri Alam Jaya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Azreel Izaidi Ahamad berkata, operasi yang ditamatkan kira-kira pukul 4.30 pagi tadi disambung semula pada pukul 8 pagi dengan kekuatan 19 anggota.

“Operasi turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan tumpuan di titik C iaitu lokasi terakhir mangsa terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan telah dilakukan berulang kali di kawasan awal termasuk oleh anggota penyelamat dan bapa mangsa, namun setakat ini belum menemukan sebarang petunjuk.

Tambahnya, pencarian turut melibatkan laluan bawah tanah termasuk manhole dari titik terakhir mangsa sehingga ke kawasan selekoh.

BACA JUGA:  Pengusaha lori didenda RM150,000 miliki diesel haram
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...