Selasa | 22/09/2026 | 3:02:04 pm
HomeJenayahIja dan adik dipenjara sebulan, denda RM1,500

Ija dan adik dipenjara sebulan, denda RM1,500

MUAR – Seorang pempengaruh permotoran dan adiknya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat laporan palsu mengenai kehilangan di Sungai Tui, Bukit Kepong, pada 14 Julai lalu.

RINGKASAN BERITA
  • Tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Suzana…
  • Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
  • Mengikut pertuduhan, Tengku Nizaruddin didakwa bersubahat mengarahkan adiknya membuat laporan palsu kepada polis.
  • Manakala, adiknya memberikan maklumat palsu di Balai Polis Lenga pada 15 Julai lalu.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Tertuduh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 dan adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. Kedua-dua mereka membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Tengku Nizaruddin didakwa bersubahat mengarahkan adiknya membuat laporan palsu kepada polis. Manakala, adiknya memberikan maklumat palsu di Balai Polis Lenga pada 15 Julai lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen dan Yasmin Mohd Piah, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Siasatan mendapati kereta Perodua Axia milik Tengku Nizaruddin sengaja dihumban ke dalam sungai sebelum dia melarikan diri ke Negeri Sembilan dan cuba ke Thailand.

Laporan palsu itu menyebabkan pihak bomba dan polis terlibat dalam operasi mencari selama empat hari. – MYBERITA

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|