Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR – Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang tunai RM206 bersama nota permohonan maaf selepas terlibat dalam insiden pelanggaran kecil mendapat perhatian ramai, sekali gus menyentuh hati masyarakat.

Kejadian tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Mubin yang didakwa dilanggar sebuah Perodua Kelisa ketika ditinggalkan di kawasan parkir semasa dia membeli barangan.

Menurut perkongsian Muhammad Mubin di platform Threads, beliau hanya menyedari kejadian itu selepas kembali ke kenderaannya dan menemui satu nota ditinggalkan pada cermin hadapan.

Nota tersebut dipercayai ditulis oleh seorang remaja bernama Adira, yang memaklumkan bahawa neneknya secara tidak sengaja telah melanggar bahagian bampar belakang kenderaan berkenaan.

“Maaf cik/encik, tadi nenek saya terlanggar bampar belakang kereta sebelah kanan. Saya tak sempat nak tunggu sebab ada hal. Ini saya ada tinggalkan duit ganti rugi, maaf tak banyak, ini saja yang saya ada. Kalau tak cukup boleh WhatsApp nombor ini, saya usaha ganti,” tulis remaja itu dalam nota berkenaan.

Muhammad Mubin berkata, kerosakan yang dialami hanyalah melibatkan klip bampar yang patah serta sedikit calar, dan kejadian itu turut disahkan oleh seorang saksi di lokasi.

“Atas kertas tu ada nombor, saksi pun pesan supaya saya hubungi. Dia juga beritahu sebuah kereta dipandu seorang warga emas bersama cucunya yang melanggar kereta saya,” katanya.

Tersentuh dengan kejujuran remaja tersebut serta mengambil kira keadaan keluarga mereka, Muhammad Mubin mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang RM206 itu.

Menurutnya, remaja berkenaan tinggal bersama neneknya yang berusia lebih 70 tahun dan mereka hidup dalam keadaan serba sederhana.

“Saya rasa kasihan sebab nenek dia sebaya ayah saya. Mereka hanya ada satu kereta dan hidup berdua sahaja. Duit yang diberi itu mungkin semua yang dia ada,” katanya.

Tambah beliau, selain memulangkan wang tersebut, dia turut memberikan sedikit tambahan sebagai tanda simpati.

BACA JUGA:  Guru sekolah menengah di Rembau didakwa cabul, rogol luar tabii pelajar PPKI

“Kita mungkin rasa susah, tapi ada orang yang lebih susah daripada kita. Jadi saya pilih untuk bantu,” ujarnya.

Kisah tersebut mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen yang memuji sikap jujur remaja berkenaan serta keprihatinan Muhammad Mubin dalam menangani situasi itu dengan penuh empati.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...