KUALA LUMPUR – Usahawan, Iqbal Zulkifli meluahkan rasa kecewa susulan dakwaan anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang dikatakan menggelarnya sebagai ‘attention seeker’ dan narsistik.
Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal berkata dia kesal dengan tuduhan tersebut selain mengakui sudah lama dinasihatkan agar tidak lagi mendekati keluarga berkenaan bagi mengelakkan terus dihina.
Jelasnya, perkongsian mengenai Vida sebelum ini bukan bertujuan untuk kembali menjalin hubungan, sebaliknya sebagai penghargaan terhadap bekas majikannya itu.
“Saya pun dah ada kehidupan sendiri dengan anak saya Zyad. Saya rasa terhina,” katanya.
Menurut Iqbal, pertemuan mereka di rumah terbuka Datuk Seri Aliff Syukri juga tidak dirancang, malah dia ada menyatakan dalam siaran langsung bahawa dia akan beredar sekiranya kehadirannya tidak disenangi.
“Saya pun tak mahu ganggu. Saya tak ada niat untuk kahwin semula,” katanya.
Dalam masa sama, Iqbal berkata Cik B berhak untuk mempertahankan ibunya, namun menegaskan cara percakapan yang digunakan tidak wajar dan dianggap biadab.
“Mak ayah didik kita dengan adab. Kalau sudah besar tapi masih biadab, itu memang biadab.
“Ingat saya nak terhegeh-hegeh sangat ke dekat mak awak tu?” katanya.
Iqbal turut menambah setiap pihak perlu menjaga percakapan dan tidak menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain walaupun dalam keadaan mempertahankan keluarga.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf atas segala kekecohan yang berlaku serta mendoakan kesejahteraan buat Datuk Seri Vida dan anaknya. -MYBERITA

