Lelaki didakwa cuba pegang tangan Hannah Delisha, netizen tegur soal batas

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa pelakon dan penyanyi Hannah Delisha berdepan situasi kurang selesa apabila diganggu seorang lelaki ketika menghadiri sebuah acara moreh baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform media sosial Threads, individu berkenaan berkata acara tersebut pada awalnya berlangsung meriah dan menyeronokkan.

Namun, keadaan berubah apabila seorang lelaki didakwa bertindak keterlaluan terhadap selebriti itu.

Menurutnya, lelaki terbabit dilihat cuba memegang tangan Hannah selain terlalu mendekatinya sehingga menyebabkan pelakon tersebut kelihatan tidak selesa dan terpaksa menjauhkan diri ketika kejadian berlaku.

“Saya pergi ke acara moreh bersama Hannah Delisha dan memang sangat seronok. Namun ada satu situasi yang membuatkan Hannah kelihatan tidak selesa.

“Ada seorang lelaki yang kelihatan agak keterlaluan apabila dia cuba pegang tangan Hannah dan terlalu mendekatinya,” tulis individu berkenaan.

Individu itu menjelaskan perkongsiannya bukan bertujuan memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai peringatan agar orang ramai menjaga adab serta menghormati batas ketika berhadapan dengan selebriti di acara awam.

Tambahnya, sikap menghormati ruang peribadi amat penting, lebih-lebih lagi Hannah kini sudah berkahwin dan mempunyai suami. – MYBERITA

BACA JUGA:  FAM batal tiga kejohanan futsal, bola sepak pantai musim ini
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...