Pengorbanan ulang-alik 700km demi keluarga setiap minggu bertukar tragediĀ 

KUALA LUMPUR – Rutin seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang berulang-alik sejauh lebih 700 kilometer (km) setiap minggu demi keluarga berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan jalan raya, Sabtu lalu.

Mangsa, Azman Mazni, menghembuskan nafas terakhir ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Papar, Sabah menuju ke kediamannya di Sibu, Sarawak kira-kira pukul 9.45 malam.

Berita pilu itu dimaklumkan oleh sahabat baiknya, S. Faizzul Syar menerusi satu hantaran di laman Facebook. Difahamkan, Allahyarham bertugas di Depot Imigresen Papar, Sabah.

Menurut Faizzul, rutin mingguan arwah adalah melakukan perjalanan jauh sama ada ke Miri atau Sibu bagi bertemu isteri, anak-anak serta ibunya.

Katanya, perjalanan darat yang dilalui bukan sahaja merentasi negeri, malah melibatkan laluan merentas negara melalui Brunei dengan jarak melebihi 700 kilometer.

ā€œPengorbanan seorang suami, ayah dan anak. Lebih kurang setiap minggu ulang-alik dari Depot Imigresen Papar ke rumah sama ada Miri atau Sibu.

ā€œDi Miri ada ibu nak dijaga, di Sibu pula ada isteri dan anak. Perjalanan melebihi 700km merentasi Brunei,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Faizzul mendedahkan Allahyarham sebelum ini telah berusaha untuk mendapatkan pertukaran tempat kerja agar lebih dekat dengan keluarga, namun hasrat tersebut tidak sempat menjadi kenyataan.

ā€œSetiap kali bertemu atau berbual di telefon, memang topik yang arwah tanya mengenai perpindahan. Bukan dia tidak berusaha, permohonan sudah mendapat sokongan di peringkat negeri, cuma belum diluluskan oleh ibu pejabat.

ā€œKadangkala apabila seseorang memohon pertukaran bukan sekadar kehendak, tetapi kerana ada insan tersayang yang menunggu,ā€ katanya.

Tambahnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada rakan sekerja, malah buat dirinya yang telah mengenali arwah sejak kecil.

BACA JUGA:  Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai dibunuh

Faizzul juga selain mendoakan agar sahabatnya itu tenang di sana serta keluarganya tabah menghadapi dugaan tersebut. -MYBERITA

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...