KUANTAN – Lima sekeluarga ditemukan maut dalam sebuah rumah di Taman Cherating Damai di sini, pagi ini.
Mangsa membabitkan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun. Turut ditemukan maut ialah seorang wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa yang dipercayai ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berhubung kes itu dalam masa terdekat.
Ketika ini, kesemua mayat masih berada di lokasi kejadian bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.
Turut berada di lokasi ialah Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, bagi meninjau perkembangan siasatan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.
Berita selanjutnya menyusul.

