Sufian Suhaimi, isteri timang cahaya mata sulung

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Sufian Suhaimi selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada Selasa.

Menerusi perkongsian di TikTok, penyanyi berusia 34 tahun itu meluahkan rasa syukur selain mengakui sukar untuk menggambarkan perasaannya bergelar bapa buat kali pertama.

“Dengan penuh rasa syukur, saya nak kongsi yang kini saya sudah pun bergelar seorang ayah. Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini, rasa sebak dan bahagia semuanya bercampur menjadi satu,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Di Matamu itu tidak mendedahkan jantina serta butiran lanjut mengenai kelahiran bayi tersebut.

Dalam satu lagi perkongsian, Sufian turut memuat naik foto bersama bayi sulungnya dengan kapsyen menyentuh hati.

“Skin to skin, heart to heart. Learning to be your safe place (Sentuhan kulit ke kulit, nadi ke nadi. Belajar untuk menjadi tempat selamat buatmu),” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulungnya.

Untuk rekod, Sufian mendirikan rumah tangga dengan Rania Al Sadat pada 2 Mei 2025. -MYBERITA

BACA JUGA:  Bekas tentera didenda RM1,500 ceroboh Mes Pegawai Kanan Kem Terendak
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...