Norren Iman, suami hadir mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai enggan ulas apa -apa

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman Abdullah bersama suaminya, Raizi Razak, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

Norreen, 32, yang sebelum ini menepis dakwaan rumah tangganya berantakan, hadir bagi prosiding yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan hakim syarie, Nadiah Khamis.

Difahamkan, tuntutan pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Norreen selaku plaintif pada bulan ini.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka enggan mengulas lanjut kepada pihak media mengenai keputusan prosiding selepas keluar dari dewan bicara kira-kira jam 1.30 petang.

“Smile (senyum). Saya cuma rasa lapar saja sekarang ini,” katanya ringkas sebelum beredar.

Menurut pemerhatian, pasangan tersebut hadir tanpa diiringi peguam syarie.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka apabila pasangan itu tidak lagi berkongsi gambar atau kandungan bersama di media sosial.

Pada Ogos tahun lalu, Norreen menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik, namun memilih untuk tidak lagi berkongsi kehidupan peribadi bersama suami dan keluarga seperti kebiasaan.

Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

BACA JUGA:  Ceknen nafi ada akaun kedua, bengang gambar disalahguna \'scammer Khairy Mateo\'
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...