Kes Zara Qairina: AGC putuskan untuk tuduh beberapa suspek terlibat

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa individu yang disyaki terlibat dalam kes buli yang melibatkan arwah Zara Qairina.

Keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berdasarkan keterangan yang tersedia.

Menurut AGC, pertuduhan terhadap suspek berkenaan bagi kesalahan buli tidak akan mengganggu proses inkues yang sedang dan akan dijalankan di mahkamah.

Jabatan itu menegaskan bahawa walaupun suspek didakwa atas kesalahan buli, ia tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues.

Langkah ini dilihat sebagai usaha pihak berkuasa memastikan keadilan tetap dijalankan bagi semua aspek kes berkenaan.

BACA JUGA:  Martabat insan, perpaduan kunci keamanan negara
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...