‘Info sahih’ dakwa Fattah Amin akan nikah tak lama lagi?

KUALA LUMPUR – Nama pelakon terkenal, Fattah Amin kembali menjadi tumpuan selepas timbul desas-desus bahawa dirinya bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.

Spekulasi itu mula tercetus apabila seorang pengguna platform Thread dengan nama Kimchikims_ mendakwa menerima maklumat daripada sumber dipercayai bahawa Fattah sudah merancang untuk berkahwin semula.

“Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi,” tulis individu berkenaan secara ringkas.

Walaupun tidak menyebut siapakah bakal pasangan, rata-rata netizen pantas mengaitkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman sebagai calon yang bakal mendampingi Fattah.

Lebih menarik, ada dakwaan mengatakan majlis persandingan mereka sudah dirancang, malah dewan perkahwinan dikatakan telah ditempah.

“Memang banyak dengar pasal ni. Dengar kata dewan dah ditempah, tahniah! Ada yang cakap September ini, tapi apapun, saya doakan yang terbaik,” kata seorang pengguna media sosial.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira jika benar Fattah dan Amira bakal bersatu.

“Kalau betul berita ini betul, syukur Alhamdulillah. Akhirnya mereka kahwin juga!” tulis seorang lagi netizen.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan pemerhatian netizen terhadap kemesraan Fattah dan Amira yang sering kelihatan bersama, termasuk berpakaian sedondon atas alasan urusan kerja.

“Macam pinang dibelah dua, kalau betul, eloklah, masing-masing pun belum ada sesiapa kan,” komen seorang pengguna.

“Memang nampak serasi. Kalau betul mereka bersatu, doa kami mengiringi,” kata netizen lain.

Untuk rekod, Fattah dan Amira pernah bergandingan dalam muzik video lagu Bila Nak Kahwin, sekali gus mencetuskan perhatian umum terhadap keserasian mereka. Sejak itu, beberapa jenama turut memilih mereka sebagai pasangan duta bersama.

Namun, meskipun kerap diasak mengenai status hubungan, kedua-dua artis tersebut tetap menegaskan bahawa mereka hanyalah rakan sekerja.

BACA JUGA:  Pempengaruh permotoran hilang, kereta ditemui dalam sungai
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

PDRM, MAINJ siasat video wanita menyimpang mengaku jadi Nabi

JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai...

DBKL tambah tiga CCTV di KLCC, perkukuh keselamatan, banteras ‘ulat foto’

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah...

13,779 calon raih keputusan cemerlang SPM 2025

PUTRAJAYA - Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Penuntut USM, Amirul Syahmi cipta nama, sasar tempat dalam skuad futsal kebangsaan

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM)...

Kerajaan pertimbang ‘wfh’ secara berperingkat untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan peraturan kerja...