Tabung Haji lapor polis, MCMC isu video fitnah di media sosial

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran beberapa video berunsur fitnah serta hasutan yang tular di media sosial.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, menegaskan pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantau rapat sebarang hantaran digital yang berpotensi mencemarkan imej institusi itu.

“TH akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat bagi melengkapkan siasatan serta memastikan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap individu atau pemilik akaun media sosial yang menyebarkan fitnah mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada maklumat tidak sahih sebaliknya merujuk saluran rasmi TH untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Mustakim menjelaskan, tuduhan yang dilemparkan melalui video berkenaan adalah tidak benar, khususnya dakwaan kononnya wujud isu dalam tadbir urus dan inisiatif penjenamaan semula TH.

Katanya, usaha penjenamaan semula dilaksanakan bagi memperkukuh peranan TH sebagai institusi simpanan Islam utama, sekali gus membantu umat Islam menabung secara sistematik bagi menunaikan ibadah haji.

“Pengurusan TH dan urusan ibadat haji kekal dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan Bumiputera Muslim. Namun, pelaksanaan strategi penjenamaan memerlukan kepakaran teknikal daripada konsortium sokongan bagi memastikan keberkesanan operasi serta kekal relevan dengan perubahan demografi semasa,” katanya.

Beliau menambah, peningkatan kos menunaikan haji turut menjadi faktor utama pelaksanaan strategi baharu itu.

“Pelan penjenamaan ini bertujuan memperkasa semula TH sebagai institusi kewangan Islam yang dihormati agar umat Islam dapat mengembangkan simpanan dan merealisasikan impian menunaikan haji,” jelasnya.

BACA JUGA:  Pemilik \'homestay\' kecewa TV rosak, rumah berselerak, penyewa masih belum bayar ganti rugi
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...