“Tak pernah berkira, Ah Beng pemurah”, lebih 1,000 hadir iringi pengebumian peserta RXZ maut kemalangan

REMBAU – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Air Hitam, Chembong, petang semalam apabila lebih 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai serta penduduk setempat hadir memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Mohd Syukri Shahrudin, 33, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bera, Pahang, awal pagi Jumaat.

Jenazah Allahyarham, yang lebih mesra dikenali sebagai Ah Beng, diuruskan sepenuhnya oleh Skuad Amal Rembau (SAR) selepas dibawa pulang dari Hospital Bera. Proses memandi dan mengkafankan dilakukan di wakaf SAR sebelum disemadikan di tanah perkuburan tersebut.

Menurut pengasas SAR, Ibrahim Hamzah, 35, Allahyarham dikenali sebagai seorang yang pemurah dan disenangi ramai.

“Syukri ini orangnya sangat baik hati, tidak pernah berkira. Dia suka belanja kawan-kawan makan. Sebab itu, ramai yang datang menziarahi dan membantu menguruskan jenazah hari ini,” katanya.

Ibrahim yang telah mengenali arwah lebih 20 tahun berkata, pertemuan terakhir mereka adalah semalam di Hospital Rembau ketika Allahyarham menziarahi sepupunya yang turut terkorban dalam kemalangan berasingan di Seremban.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta tiga anak berusia antara satu hingga lapan tahun. Menurut Ibrahim, minat arwah terhadap motosikal Yamaha RXZ sudah bermula sejak di bangku sekolah lagi.

“Isteri arwah ada maklumkan, sejak kebelakangan ini Syukri banyak pesan agar belajar berdikari. Contohnya, urusan ambil ‘report card’ anak baru-baru ini, dia suruh isterinya pergi sendiri. Selalunya dia yang akan uruskan,” katanya sebak.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan mangsa maut selepas motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditungganginya terbabas di Jalan Palong 8, Bera, kira-kira jam 6.30 pagi ketika dalam perjalanan menuju Himpunan RXZ di Terengganu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata siasatan mendapati mangsa gagal membelok ke kanan di satu simpang tiga lalu melanggar tebing bahu jalan.

BACA JUGA:  Ismail Sabri selesai beri keterangan di SPRM, dijangka sambung esok

Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...