[VIDEO] TokTi pun selesa ‘kelas ekonomi’, nyanyi ‘live’ jadi hadiah buat penumpang

KUALA LUMPUR – Suasana dalam sebuah pesawat menuju ke Indonesia baru-baru ini bertukar meriah apabila biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan dengan mempersembahkan nyanyian secara langsung di dalam kabin.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok, @Das Abdul, Siti yang menggunakan pembesar suara pesawat tampil mendendangkan lagu terbarunya Menamakanmu Cinta sebelum menghiburkan penumpang dengan lagu popular, Bukan Cinta Biasa.

@dasabdul Hebat penerbangan kali ini, first time tgk @Siti Nurhaliza nyayi live. Dah la tu guna mic kapal terbang pun bunyi sedap. Rezeki musafir utk ke program HasbulBrothers di yogyakarta indonesia #dasabdul ♬ original sound – Das Abdul

Lebih mengujakan, Siti turut memberi peluang kepada seorang penumpang lelaki untuk menyanyi bersamanya sekali gus mencetuskan suasana penuh ceria sepanjang penerbangan itu.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan keterujaan mereka dengan kejutan berkenaan.

“Kalau macam ni, rasa nak naik flight hari-hari, dapat tiket sekali pakej konsert Tokti,” kata seorang pengguna, @syazmiha.

“Tak sangka naik kelas ekonomi pun dapat layanan bertaraf konsert eksklusif,” komen @rinafauzi.

“Suara dia memang tiada tandingan, walaupun guna speaker pesawat tetap merdu,” tulis @iqbal_hakim.

Persembahan mengejut itu nyata meninggalkan kenangan manis buat semua penumpang, sekali gus membuktikan pesona Siti Nurhaliza yang sentiasa dekat di hati peminat.

BACA JUGA:  Shuib didenda RM10,000 atas kesalahan promosi vape
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...