Tular individu rebus daging khinzir dalam cerek hotel, Mekyun luah rasa jijik

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Mekyun, meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir individu yang merebus daging khinzir dalam cerek elektrik di sebuah hotel.

Menurut Mekyun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, 28, perbuatan itu dianggap biadab dan menjijikkan kerana boleh menyebarkan bakteria pada perkakas elektrik yang digunakan ramai.

“Saya sangat terganggu sebab tidak sangka ada manusia sanggup merebus daging khinzir dalam cerek hotel.

“Cerek itu bukan untuk masak daging. Bila direbus begitu, bakteria dan lemak akan melekat. Kemudian orang lain pula guna untuk buat teh atau kopi. Sangat kotor dan tidak bersih,” katanya dalam satu video di TikTok.

Mekyun turut menegaskan tindakan tersebut tidak beradab kerana boleh menyusahkan orang lain, khususnya penganut agama Islam.

“Kalau sesuatu perkakas terkena daging khinzir, orang Islam memang tidak boleh guna kerana ia haram. Bayangkan orang Islam nak guna cerek itu, sudah tentu mereka rasa tidak selamat dan terhina,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau turut berasa malu apabila melihat perkara sebegitu berlaku.

“Sebagai orang Cina, saya sendiri rasa jijik. Tolong jangan ulangi perbuatan tidak bermoral ini. Kita semua kena saling menghormati agama dan bangsa lain. Kebersihan pun perkara asas,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video memaparkan individu merebus daging dipercayai khinzir dalam cerek hotel, namun lokasi kejadian tidak diketahui.

Video berkenaan meraih ribuan komen daripada netizen yang rata-ratanya melabel perbuatan itu sebagai menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.

BACA JUGA:  Lelaki hilang ketika menjala, disyaki di baham buaya
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...