Lelaki hilang ketika menjala, disyaki di baham buaya

KINABATANGAN – Seorang lelaki warga asing berusia 30 tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala ikan di Sungai Ladang Sepagaya, Kampung Suan Lamba, semalam.

Mangsa dilaporkan keluar menjala ikan namun gagal pulang ke rumah, sebelum ahli keluarga menemui hanya selipar dan peralatan menjala di tebing sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba Hairi Utoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.10 petang semalam.

“Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi SAR turut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung yang membantu pencarian di sekitar sungai berkenaan.

Hairi berkata, usaha pencarian masih diteruskan dan maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk setempat supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan aktiviti berhampiran kawasan sungai yang berisiko tinggi dengan kehadiran buaya.

BACA JUGA:  KPT jamin pelajar autisme dapat tempat di IPTA
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...