PM Anwar kongsi pengalaman bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di China

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang bertemu dan berjabat tangan dengan Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un ketika menghadiri perarakan Hari Kemenangan China sempena ulang tahun ke-80 tamatnya Perang Dunia Kedua di Dataran Tiananmen, Beijing, pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu berlaku secara kebetulan apabila kedua-duanya hadir bagi menyaksikan perarakan ketenteraan berskala besar tersebut.

“Secara kebetulan bertemu dengan ketua kerajaan Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tiananmen. Berkesempatan berjabat tangan dan bertukar salam,” tulis Anwar.

Terdahulu, Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dataran Tiananmen sekitar jam 8.30 pagi dan disambut Presiden China, Xi Jinping serta Wanita Pertama, Peng Liyuan.

Menurut Kementerian Luar China, seramai 26 pemimpin negara asing hadir ke perarakan itu termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Raja Kemboja, Norodom Sihamoni; Presiden Mongolia, Ukhnaa Khurelsukh; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; serta Pemangku Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing.

Acara yang turut disertai puluhan ribu hadirin itu disiarkan secara langsung oleh media China dan menarik perhatian masyarakat dunia.

Hantaran mengenai pertemuan Anwar dengan Kim Jong Un pantas menerima pelbagai reaksi netizen, majoritinya memuji hubungan baik Perdana Menteri dengan pemimpin dunia.

“PMX antara pemimpin terbaik dunia ketika ini, beliau mampu berhubung baik dengan semua kuasa besar dunia,” kata seorang pengguna Facebook.

“Jarang berlaku kerana Korea Utara masih dikenakan sekatan ekonomi PBB. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, yang penting demi keamanan dunia. Hebat PMX,” tambah seorang lagi pengguna Facebook.

BACA JUGA:  Anwar gesa isu dadah dan vape perlu diselesaikan
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...