Kanak-kanak maut, adik cedera kereta terjunam ke sungai di Tanjung Agas

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun disahkan meninggal dunia, manakala adik perempuannya berusia lapan tahun dikejarkan ke hospital selepas kenderaan yang dinaiki mereka sekeluarga terjunam ke dalam sungai di jambatan Tanjung Agas, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pasukan penyelamat dalam air (PPDA) berjaya mengeluarkan kanak-kanak perempuan itu dari kenderaan yang berada pada kedalaman tiga meter kira-kira pukul 1.28 tengah hari sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Pada pukul 1.47 tengah hari, mangsa kedua iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berjaya dinaikkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.44 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal, sebuah kereta jenis Nissan Teana yang dinaiki empat mangsa telah terbabas lalu terjatuh ke dalam sungai. Dua mangsa dewasa, dipercayai suami isteri, berjaya diselamatkan orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” jelasnya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut hadir meninjau lokasi kejadian bersama Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin.

BACA JUGA:  Kemalangan Senawang: Pemandu Proton Satria mengaku tak salah pandu secara melulu
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...