Lima Penuntut IKM Maut: MPV dipandu laju sebelum bertembung lori

TUARAN – Lima penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang dinaiki mereka dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan bertembung dengan sebuah lori di Jalan Gayang-Tuaran, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 2 petang di simpang Rela Gayang ketika MPV tersebut dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju Kota Belud.

“Siasatan awal mendapati kenderaan itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori dari arah Tuaran menuju Kota Kinabalu.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran berjaya mengeluarkan semua mangsa yang tersepit, namun mereka disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, mangsa dikenal pasti sebagai Harianto Anuar, Neil Stanley Pletinie, Mohammad Ikhwan Kurniawan, Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy dan Daniel Sarag Jimmy. Kesemua jenazah dibawa ke Hospital Tuaran untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala beberapa saksi kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau hadir ke balai polis berhampiran,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan di Facebook turut mengesahkan tragedi tersebut serta menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga mangsa.

BACA JUGA:  Ibu dan anak maut, suami cedera parah dalam nahas lori terbalik di LPT2
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...