RM107.1 juta jualan direkod hari keenam bantuan Sara

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM107.1 juta nilai jualan direkodkan pada hari keenam pelaksanaan Bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara), membabitkan seramai 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam Jumaat.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99 peratus, hasil usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem yang dijalankan sepanjang lima hari lalu.

“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan Sara pada 31 Ogos, lebih 8.3 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sara dan Sara bulanan.

“Jumlah perbelanjaan rakyat dalam tempoh enam hari juga mencecah RM536.9 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Program Sara merupakan inisiatif bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas tanpa tunai. Ia bertujuan mengangkat taraf ekonomi golongan rentan selain menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi Madani.

Berdasarkan maklumat daripada laman sesawang Bantuan Tunai kendalian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), penerima akan menerima bantuan barangan asas secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad masing-masing.

BACA JUGA:  8.8 juta penerima STR terima bayaran fasa 4 bermula hari ini
Anis Suraya
Anis Suraya
anis@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...