Wanita didakwa serang Sultan Nazrin dihantar jalani pemeriksaan psikiatri

IPOH – Seorang wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini, diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani, terhadap tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41 mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah berikutan pemeriksaan awal mendapati tertuduh mempunyai masalah skizofrenia.

Laporan perubatan lanjut diperlukan bagi menentukan status kewarasan tertuduh sebelum pengakuan boleh diambil dan perbicaraan diteruskan.

Terdahulu, Nurhaswani Afni yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M. Saravanan, berdepan pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin di hadapan bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Kinta, pada jam 8.20 pagi, 31 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan daripada beliau.

BACA JUGA:  Poster tarikh PRU Sabah Ke-17 tular adalah palsu - SPR
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...