Khamis | 08/10/2026 | 3:34:41 pm
HomeJenayahKakitangan Petronas terima SMS ugutan, fasiliti LNG diancam

Kakitangan Petronas terima SMS ugutan, fasiliti LNG diancam

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Petronas dilaporkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang mengancam fasiliti gas asli cecair (LNG) milik syarikat itu di Bintulu, Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

“Saya dimaklumkan ada warga kerja Petronas dari ibu pejabat menerima SMS ugutan tersebut. Nombor yang digunakan dikenal pasti berasal dari Indonesia, namun identiti penghantar masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|