Elaun latihan mengajar masih ghaib, pelajar dakwa KPM tiada peruntukan

KUALA LUMPUR – [KEMAS KINI] Sekumpulan pelajar pendidikan mendakwa mereka masih belum menerima elaun latihan mengajar walaupun telah menamatkan tempoh praktikum di sekolah-sekolah bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak Jun lalu.

Menurut mereka, latihan mengajar yang berlangsung dari Februari hingga Jun itu sepatutnya melayakkan pelajar menerima elaun berdasarkan surat kelulusan yang dikeluarkan, namun sehingga kini bayaran masih belum dibuat.

“Kami sudah habis jalani latihan mengajar, tapi elaun yang dijanjikan masih belum masuk. Bila hubungi pihak Jabatan Pendidikan Negeri, mereka kata Bahagian Sumber Pengurusan Manusia (BPSM) KPM tak ada peruntukan untuk bayar,” dakwa seorang pelajar yang dihubungi.

Lebih mengecewakan, ada pelajar mendakwa kelewatan bayaran ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini terdapat pelajar tahun akhir yang terpaksa menunggu sehingga enam bulan, malah ada yang terus tidak menerima elaun berkenaan.

Isu lain yang turut dibangkitkan adalah ketidaktelusan jumlah bayaran, apabila terdapat pelajar menerima amaun elaun berbeza walaupun jumlah hari hadir ke sekolah dan jam pengajaran adalah sama.

“Setiap tahun perkara sama berlaku, tapi tiada kata putus daripada pihak kementerian. Bukan hanya kami, pelajar pendidikan dari universiti awam lain juga berdepan isu sama,” katanya.

Untuk rekod, kadar elaun yang dijanjikan ialah RM5 sejam, dengan anggaran tujuh hingga lapan jam sehari, terhad kepada 90 hari. Bagi latihan selama 16 minggu bersamaan lebih 80 hari, pelajar sepatutnya menerima sekitar RM2,800 atau lebih sekiranya kehadiran penuh.

Pelajar terbabit kini merayu agar KPM tampil memberi penjelasan tuntas dan menyelesaikan isu ini yang didakwa berlarutan saban tahun tanpa jalan penyelesaian.

BACA JUGA:  18 Mac cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...