Polis siasat kes pekerja dipukul di pusat hiburan, suspek masih bebas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki memukul pekerjanya hingga cedera dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Plaza Sentosa, Johor Bahru pada 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan di kepala, mata dan tangan sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

“Polis sahkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dengan hukuman yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Terdahulu, gambar-gambar mangsa dengan kesan kecederaan tular di media sosial termasuk platform X.

Pendedahan kes turut dibuat oleh personaliti media sosial, Ariz Ramli atau Caprice menerusi Instagram, yang berkongsi kronologi kejadian.

Dalam hantaran itu, abang kepada mangsa mendakwa suspek turut mengugut mahu membunuh adiknya serta ahli keluarga mereka.

Difahamkan, insiden tercetus selepas mangsa dituduh mencuri rokok elektronik (vape) milik rakan majikannya.

BACA JUGA:  Kemaluan ditendang dan dada ditumbuk, lelaki diseksa sekumpulan \'samseng\'
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...

“Ada yang manis selain kamu”, ‘Semanis’ jadi kopi pilihan utama pelajar di USM

GEORGE TOWN - Bermula sekadar inisiatif menjana pendapatan ketika...

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...