Pelajar terlibat video tular nafi dibuli, hanya gurauan rakan

KUCHING – Seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang tular dalam rakaman video berdurasi 13 saat di media sosial menafikan dirinya menjadi mangsa buli, sebaliknya menjelaskan ia hanyalah gurauan rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pelajar berkenaan hadir ke balai polis bersama ibu bapanya dan memberi penjelasan bahawa insiden tersebut berlaku tanpa unsur paksaan atau penderaan.

“Polis telah memanggil pegawai institut, ibu bapa serta semua pelajar berumur antara 18 hingga 24 tahun yang terlibat dalam video berkenaan untuk diambil keterangan. Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, polis akan terus memantau perkembangan dan tidak akan berkompromi jika wujud bukti baharu yang mengaitkan unsur jenayah buli,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohd Farhan, pihak IKBN Miri turut mengesahkan kejadian berlaku dalam kawasan kampus, malah pihak institut memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap semua pelajar yang terlibat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan rakaman terbabit atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam, sebaliknya menyalurkan maklumat tepat terus kepada polis.

Sebelum ini, video berdurasi 13 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang sehingga terkena tiang, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dan spekulasi berhubung kemungkinan wujud elemen buli.

BACA JUGA:  Kakitangan Petronas terima SMS ugutan, fasiliti LNG diancam
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...