Shahida tenang jawab netizen, hospital kerajaan atau swasta bukan isu

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen mengenai pemilihan hospital berkenaan.

Segelintir pihak mempersoalkan mengapa personaliti itu memilih hospital kerajaan sedangkan beliau berkemampuan mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta.

Namun, isterinya, Datin Seri Shahida tampil menepis spekulasi dengan menjelaskan bahawa yang lebih penting adalah kesembuhan suaminya.

“Ya betul awak…kerajaan atau swasta, tujuan kami tetap satu. Kami ikhtiarkan kesembuhan untuk satu-satunya lelaki yang melindungi saya dan anak-anak saya,” katanya menerusi komen di TikTok hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pemilihan hospital tidak wajar dijadikan isu kerana pakar di HUKM sangat berpengalaman serta memberi perkhidmatan memuaskan.

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial turut menjelaskan bahawa HUKM bukanlah hospital kerajaan sepenuhnya, sebaliknya berfungsi sebagai hospital pengajar serta pusat rujukan utama yang menghimpunkan pakar pelbagai bidang.

“Arwah mak saya tujuh tahun dirawat di sini sebelum meninggal… ratus ribu juga habis. Bukan percuma. Malah doktor swasta yang rujuk ke HUKM sebab di sini berkumpulnya doktor pakar,” kata seorang pengguna TikTok.

Tindakan keluarga Aliff Syukri itu turut menerima sokongan ramai yang berpendapat pilihan hospital adalah hak pesakit demi mendapatkan rawatan terbaik, tanpa mengira label kerajaan atau swasta.

“Jangan pertikai usaha doktor dan jururawat di hospital kerajaan. Kebanyakan kes yang rumit hanya mampu ditangani di hospital kerajaan,” kata seorang pengguna.

Sebelum ini, Shahida memaklumkan bahawa suaminya perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan tulang akibat kemalangan tiga tahun lalu.

BACA JUGA:  Aliff Syukri peruntuk hadiah RM10 juta, nazar bina dua rumah anak yatim
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...