Bangau jadi punca Hornet TUDM alami kegagalan enjin

KUANTAN – Kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan bulan lalu, mendedahkan betapa seriusnya ancaman ‘birdstrike’ terhadap operasi penerbangan ketenteraan mahupun komersial di negara ini.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, siasatan awal mengesahkan kejadian itu berpunca daripada pertembungan seekor burung spesies bangau (Purple Heron) yang menyebabkan kegagalan fungsi enjin kiri pesawat ketika fasa berlepas.

“Prosedur penghalauan haiwan liar termasuk burung memang dilaksanakan sebelum penerbangan, namun saiz burung yang agak besar menjadikan impak kali ini lebih serius,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Katanya, dapatan itu diperoleh hasil analisis menyeluruh melibatkan pelbagai agensi termasuk Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Jabatan Kimia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy).

Ujian ke atas cebisan tulang burung yang ditemui di dalam enjin mengesahkan ia adalah daripada spesies bangau berkenaan. “Kejadian birdstrike bukanlah perkara baharu, tetapi kali ini ia memberi kesan lebih serius kepada keselamatan kru,” katanya.

Dalam kemalangan pada 21 Ogos lalu, juruterbang Mejar Azhar Alang Kamarudin, 34, mengalami kecederaan terbakar di kaki kiri manakala jurusensor senjata, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, cedera ringan.

Susulan itu, TUDM menekankan kepentingan strategi pengurusan hidupan liar lebih berkesan di kawasan operasi udara. “Insiden ini wajar dijadikan pengajaran bukan sahaja kepada operasi ketenteraan, malah penerbangan awam juga berdepan ancaman yang sama,” jelasnya.

Beliau berkata, operasi pesawat F/A-18D Hornet telah kembali beroperasi hari ini selepas penggantungan sementara, manakala kedua-dua anak kapal dijangka pulih sepenuhnya sebelum 2 Oktober depan.

BACA JUGA:  COMM@LiT 2026 perkasa penghuni transit melalui kelestarian komuniti
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...