Kanak-kanak dipukul tukul meninggal dunia lepas seminggu bertarung nyawa

KOTA BHARU – Kanak-kanak lelaki yang cedera parah selepas dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di Pasar Jelawat, Bachok, meninggal dunia petang tadi selepas seminggu bertarung nyawa.

Mangsa, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.02 petang di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Berita duka itu dikongsikan ibu bapa mangsa, Muhammad Badrul Rameli, 31, dan Nur Ayuni Mohd Kamarulzaman, 29, menerusi hantaran status WhatsApp.

Assalamualaikum, anak saya Muhammad Ammar da (sudah) kembali ke negeri asal… sama-sama sedekahkan al-Fatihah,” tulis Badrul dalam statusnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan anaknya sejak kejadian itu berlaku.

“Terima kasih, meninggal jam 3.02 petang,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sementara itu, Nur Ayuni juga memaklumkan berita pemergian anak sulungnya itu di status WhatsApp, selepas semalam dimaklumkan doktor bahawa jantung anaknya terhenti kira-kira 14 minit sebelum berjaya dihidupkan semula.

Dalam kejadian Khamis lalu, Muhammad Ammar yang juga pelajar Tahun Satu cedera parah di kepala selepas dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya berusia 46 tahun di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat.

Suspek kemudian melarikan diri sebelum ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Pemergian Muhammad Ammar meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga serta orang ramai yang mengikuti perkembangan kes tersebut sejak minggu lalu.

BACA JUGA:  Masalah ‘Nose Landing Gear’, pesawat TUDM terpaksa mendarat cemas
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...