[VIDEO] Ifa Raziah bengang tak dapat subsidi Budi Madani RON95

JOHOR BAHRU – Pelakon dan penyanyi terkenal, Ifa Raziah meluahkan rasa tidak puas hati selepas tidak dapat menikmati subsidi petrol RON95 menerusi inisiatif Budi Madani (Budi95) ketika mengisi minyak di sebuah stesen di Gelang Patah, hari ini.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, berkata sebelum ini beliau sudah beberapa kali menggunakan kad pengenalan (MyKad) untuk menikmati harga subsidi dan semuanya berjaya.

@ifa_raziah

INI BUKAN PERTAMA KALII SAYA ISI MINYAK MENGGUNAKAN IC DAH 4 KALI! SEMUA DAPAT SUBSIDI! TETAPI HARI INI SAYA TAK DAPAT HARGA SUBSIDI.. APAKAH PUNCANYA? DAH MENGADU KAT STATION SHELL KATANYA TAK BOLEH NAK BERBUAT APA2!! TOLONGLAH JAGA SISTEM UNTUK SUBSIDI MINYAK INI DENGAN BETUL!! JANGAN MENYUSAHKAN RAKYAT!!

♬ original sound – IFARAZIAH

Namun, kali ini beliau mendakwa dinafikan hak untuk mendapatkan harga subsidi petrol pada kadar RM1.99 seliter, walaupun proses pengesahan menggunakan MyKad telah dilakukan.

“Hari ini, 7 Oktober, saya berada di Gemilang Petrol Mart, Gelang Patah, Johor. Saya isi minyak RM60 guna IC seperti biasa, tapi tak dapat subsidi.

“Saya dah masukkan IC, dah tekan, sepatutnya dapat subsidi. Jadi dekat mana sistem yang betulnya? Sepatutnya semua warganegara Malaysia yang layak dapat hak subsidi masing-masing,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di media sosial.

Ifa turut mempersoalkan sama ada masalah tersebut berpunca daripada sistem Budi95 atau pengendalian di stesen minyak berkenaan.

“Hari ini saya isi, masih tak dapat subsidi. Apa masalahnya sebenarnya — stesen minyak atau sistem?” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan selepas video tersebut tular di media sosial.

BACA JUGA:  Fattah terharu Biduanita Negara komen tentang hubungannya dengan Amira

“Sekarang ini kita tidak pasti sama ada berpunca daripada masalah teknikal atau sebaliknya.

“Pihak kami sedang mendapatkan penjelasan daripada pengusaha stesen minyak tersebut dan berharap artis berkenaan dapat bekerjasama dengan KPDN bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Program Budi Madani RON95 (Budi95) merupakan inisiatif kerajaan bagi menyalurkan subsidi petrol secara bersasar kepada golongan layak melalui penggunaan MyKad di stesen minyak terpilih seluruh negara.

Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...