Proton lancar Saga serba baharu, harga bermula RM37,990

KUALA LUMPUR – Proton hari ini melancarkan model Saga serba baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM37,990 (atas jalan tanpa insurans) untuk Semenanjung, termasuk rebat pelancaran RM1,000 yang sah sehingga 31 Disember ini.

Tanpa rebat tersebut, harga jualan Saga baharu bagi semua varian adalah RM38,990 untuk varian Standard, RM44,990 bagi Executive, dan RM49,990 untuk varian tertinggi, Premium.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pasaran kenderaan penumpang Malaysia terus menunjukkan prestasi kukuh, menjadikannya yang terbesar dari segi volum di ASEAN.

“Tahun lepas, jumlah volum industri (TIV) ialah 816,747 unit, satu rekod baharu untuk negara ini. Tahun ini, meskipun terdapat sedikit pengurangan volum, kami yakin angka akhir akan menghampiri 800,000 unit,” katanya pada majlis pelancaran di sini.

Beliau turut menekankan bahawa polisi kementerian seperti Dasar Automotif Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan pemain industri tempatan, termasuk Proton.

“Untuk tahun ini sahaja, Proton memperoleh alat ganti dan komponen bernilai RM3.2 bilion daripada vendor tempatan, menunjukkan komitmennya terhadap rantaian bekalan domestik yang terus berkembang dari segi skala dan nilai,” katanya lagi.

Sejak dibuka pada 10 November lalu, model Saga baharu telah menerima sebanyak 20,000 tempahan, menunjukkan sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

BACA JUGA:  Smart City Kuala Lumpur perlu akarnya pada warisan bangsa – PM Anwar
Abdullah Siddiq
Abdullah Siddiq
abdullah@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...