Lelaki diberkas larikan beg jemaah wanita ketika Isyak

0
101

BESUT – Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian barangan peribadi milik jemaah wanita ketika mereka sedang menunaikan solat berjemaah di sekurang-kurangnya dua masjid di daerah ini.

Suspek berusia 30 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Gong Tok Dor, Jerteh pada pukul 7.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada ahli kariah Masjid Gong Mak Som, Kampung Raja pada pukul 8.27 malam, Selasa lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here