Lelaki maut, motosikal rempuh pokok tumbang

KONGSI

MELAKA – Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebatang pokok tumbang di Jalan Selandar menghala ke Machap, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN