Dah kahwin tapi minat lelaki, jurutera dan remaja 19 tahun antara ditahan serbuan spa songsang

KUALA LUMPUR – Seorang jurutera berusia 40-an yang bekerja di Sarawak mengakui mempunyai minat terhadap lelaki, meskipun sudah mendirikan rumah tangga, selepas ditahan dalam serbuan di sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit, di sini semalam.

Lelaki terbabit, yang enggan dikenali, berkata hubungan jarak jauh bersama isterinya di Kuala Lumpur membuatkan kegiatannya tidak pernah terbongkar.

“Saya jarang balik rumah di Kuala Lumpur. Kebanyakan masa saya berada di Miri. Tempat ini pun saya baru tahu,” ujarnya ketika ditemui.

Dalam serbuan itu, lelaki berkenaan ditemui bersama seorang remaja berusia 19 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah bilik premis tersebut. Remaja itu, yang juga pelajar kolej, berkata ia merupakan kunjungan kali kedua beliau ke premis berkenaan, selepas mengetahui kewujudan lokasi itu daripada rakannya.

“Tempat ini memang popular. Saya datang kali pertama dua minggu lalu dan luangkan masa selama tiga jam di sini. Awalnya nak cuba sahaja tetapi tak sangka jadi macam ini,” jelasnya.

Selain itu, seorang doktor berusia 50-an yang juga sudah berkahwin dan mempunyai empat anak mengakui beberapa kali mengunjungi premis berkenaan. Beliau berkata kunjungannya bertujuan ‘healing’ selepas kerja, namun mengakui terdapat aktiviti songsang berlaku di kalangan pengunjung.

“Saya tak nak komen mengenai apa yang saya buat tapi aktiviti sedemikian ada berlaku,” ujarnya.

Kesemua mereka merupakan antara 201 individu yang ditahan dalam serbuan bersepadu oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii.

BACA JUGA:  Kakitangan Petronas terima SMS ugutan, fasiliti LNG diancam
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...