Erra Fazira umum tarikh nikah 12 Disember ini

KUALA LUMPUR – Tiada lagi teka-teki. Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, mengesahkan 12 Disember 2025 sebagai tarikh pernikahannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr. E.

Erra, atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, berkata keputusan itu dicapai bersama keluarga yang bersetuju memilih tarikh tersebut, yang jatuh pada hari Jumaat.

“Terima kasih kerana sentiasa mendoakan yang baik-baik. Insya-Allah 12.12.2025 adalah tanggal keramat kami,” katanya ketika majlis tayangan perdana muzik video (MV) Cinta Abadi di sini, hari ini.

Selebriti itu kelihatan sebak dan menitis air mata kegembiraan ketika berkongsi berita gembira tersebut.

“Ini air mata gembira, bukan sedih,” ujar Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu.

Majlis resepsi dijadualkan pada keesokan harinya, 13 Disember, untuk ahli keluarga, manakala pada 27 Disember pula melibatkan kenalan rapat. Lokasi majlis resepsi akan diumumkan kemudian.

Berita gembira ini diumumkan serentak dengan pelancaran MV yang turut menjadi lagu tema untuk hari bahagia mereka.

Sejak semalam, tersebar desas-desus mengenai pengumuman tarikh perkahwinan Erra dengan ahli perniagaan berusia 44 tahun itu. Ketika ditemu bual oleh media, Erra mengakui meninjau beberapa lokasi acara atas pelawaan rakan, namun menafikan sebarang tempahan dibuat setakat ini.

Erra mendedahkan persahabatan mereka yang semakin akrab sejak awal tahun ini telah mendapat pengetahuan keluarga, termasuk pertemuan ibu Erra dengan Mr. E. Ahli perniagaan itu, yang berstatus duda, mengakui mula menjalin hubungan serius dengan ratu cantik ini selepas berkenalan pada Ogos 2024.

Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, kini berusia 16 tahun. Perkahwinan itu berakhir selepas tujuh tahun. Sebelum itu, Erra juga mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun berakhir dengan perceraian tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata.

BACA JUGA:  Amir Raja Lawak tuntut bayaran RM18,000 demi rawat bapa sakit
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...