JDT kekal raja Piala FA, ranapkan Sabah 5-0

0
151

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mempamerkan jurang kualiti yang ketara dalam bola sepak tempatan apabila menundukkan Sabah FC 5-0 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, sekali gus mengesahkan kejuaraan keempat berturut-turut buat Harimau Selatan dalam saingan berprestij itu.

Berbekalkan skuad sarat pengalaman dan kualiti di setiap posisi, JDT tampil garang sejak wisel permulaan dengan kesebelasan utama dibarisi pemain tonggak termasuk Oscar Arribas, Jairo Da Silva dan Manuel Hidalgo yang menjadi nadi kepada jentera serangan pasukan.

Keampuhan pasukan selatan tanah air itu dizahirkan seawal minit ketujuh apabila Jonathan Silva menanduk masuk bola hasil sepakan set-piece yang diambil Arribas untuk membuka tirai jaringan, sekali gus mengganggu rentak permainan Sabah FC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here