Khamis | 15/10/2026 | 10:57:07 pm
HomeSukanSukan SEA 2025: Empat pembedahan tak patahkan semangat Sharul Aimy

Sukan SEA 2025: Empat pembedahan tak patahkan semangat Sharul Aimy

BANGKOK – Pernah berada di ambang persaraan selepas berdepan kecederaan serius yang hampir memusnahkan kariernya, jaguh gimnastik artistik negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam bangkit mencipta kisah luar biasa apabila menghadiahkan pingat emas acara melombol pada Sukan SEA 2025, kelmarin.

Lebih mengagumkan, Sharul Aimy pernah disifatkan doktor mengalami kecederaan ibarat mangsa kemalangan motosikal, namun ujian berat itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk kembali bersaing di pentas tertinggi.

Sepanjang tempoh pemulihan, atlet berkenaan terpaksa menjalani empat pembedahan, sekali gus melalui fasa sukar yang menguji ketahanan fizikal dan mentalnya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|