Selasa | 06/10/2026 | 8:50:16 am
HomePendidikanPercaturan menjadi, Amir Aiman jadi 'senjata' kuartet UPM lelaki raih emas 4x400m

Percaturan menjadi, Amir Aiman jadi ‘senjata’ kuartet UPM lelaki raih emas 4x400m

KUALA LUMPUR – Tanpa pernah menjalani latihan sebagai satu kuartet, pasukan 4×400 meter (m) lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) tetap tampil cemerlang apabila merangkul pingat emas Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 dengan catatan 3 minit 18 saat.

Kuartet UPM yang dibarisi Ramdhani, Zuri, Amir Aiman dan Aidil Azhar membuktikan kekurangan persediaan bersama bukan penghalang untuk mereka menghasilkan larian mantap dalam saingan final.

Lebih menarik, keempat-empat pelari sebelum ini menjalani latihan secara berasingan bersama jurulatih masing-masing dan tidak pernah melakukan latihan khusus acara 4x400m sebagai satu pasukan sebelum turun bertanding.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|